Sunday, 20 November 2011

Kajian Tentang Bahaya Radiasi Terhadap Kesihatan

MEMBAKAR OTAK & KULIT

BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya . Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar risikonya berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.

SWEDEN: Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa berlaku peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala akibat penggunaan telefon bimbit.

RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. Di UK, seorang pengguna mati akibat barah  kulit pada tempat telefon bimbit itu diletakkan.

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa pemanasan akibat penggunaan telefon bimbit akan merosakkan kulit. Kulit akan kelihatan berkedut, tidak bermaya dan akhirnya menjadi tua sebelum waktunya. Dikatakan, akibat pemanasan yang berlaku, lama-kelamaan sel-sel kulit tidak dapat berfungsi dengan sempurna, dan proses hidup menjadi kurang berkesan.




RISIKO KANSER LEBIH TINGGI

SWEDEN: Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 1/2 kali ganda. Kanak-kanak lebih tinggi risikonya kerana tengkorak yang nipis dan otak mereka masih kecil.

AUSTRALIA: Tikus yang didedahkan kepada radiasi getaran digital telefon bimbit selama lebih 18 bulan, berrisiko dua kali ganda diserang kanser.

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.



AUSTRIA: Perokok yang menggunakan telefon bimbit menanggung risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding bukan perokok.

Kesan lain yang membimbangkan

Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit nonHodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka, pada bahagian yang sering diletakkan telefon bimbit selama beberapa jam sehari (kanser bahagian leher).

Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95% kanser aktif sepanjang masa pendedahan dan dalam jangka masa pendek selepas itu.

Risiko mendapat tumor 'neuro epithelial' luar biasa pada bahagian luar otak dua kali ganda lebih tinggi, secara statistiknya menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap pengguna telefon bimbit berbanding bukan pengguna.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya lapan tuntutan mahkamah yang mendakwa telefon bimbit menyebabkan tumor otak telah difailkan di Amerika Syarikat.


KEROSAKAN DNA & SISTEM IMUN

Beberapa kajian menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia. Menurut saintis UK, radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit, boleh merosakkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan penyakit.


KECACATAN KETIKA LAHIR

AMERIKA SYARIKAT: Radiasi telefon bimbit telah  dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian terhadap ayam, pancaran radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.




KENAIKAN TEKANAN DARAH

JERMAN: Dalam satu kajian yang dilaporkan di dalam Lancet pada tahun 1998, tekanan darah pada setiap ujian ke atas manusia mengalami kenaikan di antara 5 hingga 10mm Hg – satu paras kenaikan yang lebih daripada cukup untuk menyebabkan  strok atau serangan jantung di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Ini merupakan bukti kukuh pertama mengenai kemampuan radiasi telefon bimbit mengubah fungsi sel secara langsung di dalam badan manusia.


PENYAKIT ALZHEIMER, PARKINSON &
SKLEROSIS MULTIPEL

SWEDEN: Pendedahan selama dua minit sahaja kepada pancaran daripada telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak. Keadaan ini cenderung untuk mencetuskan serangan penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.

Dalam satu kajian lain, penggunaan telefon bimbit selama 30 minit sehari boleh menyebabkan penggunanya dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.

AMERIKA SYARIKAT: Satu kajian terhadap tikus mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah buat seketika selepas terdedah selama 45 minit kepada radiasi elektromagnet daripada telefon bimbit.

UK: Kajian  tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilanga n daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.

PENYAKIT JANTUNG & BATU KARANG

EROPAH: Penyelidikan baru menunjukkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh badan), di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.


PENURUNAN NAFSU SEKS, KEPANASAN & KELESUAN

UKRAINE: Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone di dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya. Semakin tinggi dos radiasi, semakin berkurang testosterone yang dikeluark an oleh kelenjar badan, mengakibatkan penurunan aktiviti seks.

SCANDINAVIA: Kajian tajaan industri selular Scandinavia dan kerajaan Sweden dan Norway, mengesahkan bahawa hubungan yang ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit juga dilaporkan mengalami keadaan kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.

RACUN DALAM BAHAN PENAMPAL GIGI

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh mengaktifkan raksa dan melepaskan gas beracun. Pakar-pakar percaya bahawa gas yang menyerang 
sistem saraf tengah otak boleh menyebabkan keadaan tertekan, lelah, penyakit Alzheimer dan Sklerosis Multipel.

SAKIT KEPALA, PENING & HILANG TUMPUAN

SWEDEN: Kajian Sweden yang ditaja oleh industri selular ke atas 11,000 pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah pening dan 2.4 kali lebih mudah hilang tumpuan.

Pengguna telefon bimbit terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, mereka lebih berrisiko dan lebih mudah mengalami kesan sampingannya.




Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?

Gelombang radio ialah kuasa penghantaran paras rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi, tujuannya agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar rumah/bangunan. Ini bermakna, telefon bimbit anda kindilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

Adakah telefon bimbit bahaya?

Beberapa penyelidikan sainstifik telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia". Sementara satu kajian kes lagi mendapati berlakunya "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali
.

Apakah bahaya yang wujud kesan daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?

Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun oleh saintis di Eropah mendapati bahawa kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh   meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit Merosakkan Sel-sel Darah

Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber daripada BBC News)

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber daripada CNN, Dis 2008

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut satu kajian baru di Sweden yang dijalankan terhadap tikus.
(Sumber daripada 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda di kalangan kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20 tahun.
(Sumber daripada 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa   Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda
Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah (jarak jauh) dan Ion Negatif yang boleh menghapuskan dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinaran melalui telefon bimbit, televisyen, penghawa dingin, komputer, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro. 

No comments:

Post a Comment